Tarikh : 11 September 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : SMK Taman Bunga Raya Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih NADI sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar dari SMK Taman Bunga Raya telah dihadiri oleh NADI Kluster Hulu Selangor dan anjuran bersama MCMC DAN JKM untuk menjalani program advokasi. Pelajar diberi penerangan menegenai perlindungan kanak-kanak. Zaman sekarang terlalu banyak kes kehilangan dari kalangan kanak-kanak. Pentingnya program kesedaran untuk memberitahu kepada semua golongan untuk sentiasa berwaspada dan mengetahui keberadaan anak-anak dan pelajar perlu mengetahui cara-cara untuk perlindungan diri.
Aktiviti
Pengajar membuka video klik dengan bijak mengenai perlindungan kanak-kanak. Setelah selesai pelajar menonton video, pengajar memberi soalan dan pelajar perlu menjawan soalan dengan betul.
Tarikh : 09 September 2024 Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Usahawan |
Tujuan
Sesi webinar ini dijalankan untuk membentangkan topik mengenai SSM. Pihak ssm menerangkan apa itu ssm dan jenis2 ssm yang disediakan. Pihak ssm jugak menerangkan bagaimana ingin mendaftar dan memperbaharui ssm untuk usahawan-usahawan. Banyak kelebihan apabila usahawan mempunyai ssm.
Aktiviti
Sesi webinar ini dibentangkan oleh ahli panel jemputan. Ahli panel jemputan menerangkan mengenai apa itu ssm. Bagaimana cara mendaftar ssm dengan betul dan memperbaharui ssm mengikut tahun.
Tarikh : 08 September 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Menaip adalah satu aktiviti setiap pelajar untuk mahir menaip denga pantas dan betul mengikut huruf besar, huruf kecil, dan simbol. Menaip dalam talian boleh membuat setiap pelajar berlatih menaip dengan pantas dan baik.
Aktiviti
Setiap pelajar diberi masa selama 3 minit untuk menaip setiap perkataan yang telah disediakan dengan pantas dan betul. Link yang diberikan oleh pengajar: https://10fastfingers.com/typing-test/english
Tarikh : 08 September 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih NADI sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar belajar bagaimana cara membuat poster. Sempena Hari Malaysia, pelajar perlu membuat poster mengenai Hari Malaysia dan pelajar perlu mempersembahkan kepada pengajar. Selain itu, Klik Dengan Bijak.
Aktiviti
Mencari maklumat di laman web yang betul berkaitan subjek pilihan minggu ini. Aktiviti perbincangan di dalam kumpulan dan sesi soal jawab bersama rakan-rakan untuk mengukuhkan ilmu pengetahuan. Mereka menjawab kuiz mengenai klik dengan bijak
Tarikh : 04 Ogos 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Memupuk semangat anak muda dengan penerangan dan kuiz berkaitan kemerdekaan. Juga memaklumakan boleh dapat info berguna dengan menggunakan teknologi masa kini.
Aktiviti
Jawab kuiz merdeka online : Quizizz