|
Tujuan
Program ini sebagai usaha meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarat. program ini juga meliputi pelbagai aspek sosio-ekonomi penduduk seperti pendidikan, kemiskinan, kesihatan, infrastruktur dan sebagainya.
Aktiviti
Di dalam program ini NADI Felda Soeharto turut serta dengan membuka booth bagi menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma dan pendaftaran ahli NADI.
Tarikh : 20 Oktober 2024 Masa : 8.30 Pagi - 4.30 petang Tempat : Dewan PPAS Syed Manshor, Kuala Kubu Bharu Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Program keusahawanan ini bertujuan untuk melahirkan usahawan yang berdaya saing dengan memberikan latihan dan bimbingan kepada usahawan dalam pelbagai aspek, termasuk pengurusan perniagaan, pemasaran, kewangan, dan inovasi. Dengan pendekatan ini, usahawan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka, sekaligus membina jaringan yang kukuh dalam ekosistem perniagaan. Program ini juga menyediakan platform untuk usahawan berkongsi pengalaman dan idea, memupuk semangat kerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain.
Aktiviti
Program ini terbahagi kepada empat sesi utama:
-
Sesi 1: Asas Perniagaan (Perancangan Perniagaan)
Dalam sesi ini, peserta akan mempelajari cara merancang perniagaan secara menyeluruh, termasuk pengenalan kepada model perniagaan, analisis pasaran, dan strategi perancangan. -
Sesi 2: Asas Kewangan
Sesi ini akan memberi fokus kepada pengurusan kewangan, termasuk cara penyediaan bajet, pengurusan aliran tunai, dan pemahaman laporan kewangan yang penting untuk kelangsungan perniagaan. -
Sesi 3: Asas Pemasaran dan Pemasaran Digital
Peserta akan mempelajari strategi pemasaran tradisional dan digital, termasuk pengenalan kepada media sosial, SEO, dan teknik pemasaran lain yang dapat membantu meningkatkan visibiliti perniagaan. -
Sesi 4: Operasi Perniagaan
Dalam sesi terakhir ini, peserta akan membincangkan pengurusan operasi harian perniagaan, termasuk pengurusan sumber manusia, pengendalian inventori, dan peningkatan efisiensi proses.
Setiap sesi dirancang untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran yang praktikal bagi membantu peserta mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih berdaya saing.
Tarikh : 19 Oktober 2024 Masa : 10.00 Pagi Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Program E sukan ini bertujuan untuk mengasah bakat pelajar dalam bidang sukan elektrok dan kemahiran pelajar sekolah seperti kemahiran komunikasi di mana didalam e sukan ini mereka boleh berkomunikasi antara satu sama lain serta ia juga sebagai salah satu daya tambah peluang pekerjaan kepada pelajar ini kelak.
Aktiviti
Perlawanan MLBB antara Felda Soeharto dan Sungai Panjang.
Tarikh : 22 Oktober 2024 Masa : 10.30 Pagi Tempat : Atas Talian Peserta : Petugas Nadi |
Tujuan
Webinar ini memberi pendedahan berkaitan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang dikongsi oleh Dr. Mohd Aizuddin Abdul Rahman secara atas talian. Saringan kesihatan amat penting untuk kita mengetahui tahap kesihatan agar dapat dirawat.
Aktiviti
sesi pertama adalah perkongsian berkaitan jenis-jenis penyakit tidak berjangkit, risko dan komplikasi. Seterusnya, sesi soal jawab bersama Dr. Aizuddin Abdul Rahman juga diadakan untuk mengetahu lebih terperinci berkaitan penyakit-penyakit tersebut.
Tarikh : 18 Oktober 2024 Masa : 3.00 Petang Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan berkaitan peraturan pertandingan kepada peserta bagi mengelakkan sebarang masalah yang berlaku sepanjang pertandingan berlansung.
Aktiviti
Sesi ini penerangan ini disampaikan oleh Persatuan sukan elektronik selangor secara atas talian kepada semua perserta agar pertandingan yang berlansung berjalan dengan lancar dan peserta dapat mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan.